PKPB lanjut atau tidak beri kesan kepada mental atlet

  • 2 tahun lalu
Ketika ini, tiada siapa tahu jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB yang sepatutnya tamat pada 5 Disember akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz menyuarakan pandangannya bahawa situasi tidak menentu itu mencetus rasa bimbang terhadap keadaan mental atlet-atlet negara yang terpaksa 'berkurung' dalam kem latihan untuk tempoh yang panjang.