Kerajaan rancang perluas aktiviti tanaman kontan di Felda

  • 2 tahun lalu
Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperluaskan lagi aktiviti tanaman kontan di kesemua 317 tanah rancangan Felda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perancangan itu dibuat memandangkan peruntukan yang diberi cukup besar, iaitu RM1 bilion untuk tempoh 4, 5 tahun akan datang.
Ujarnya lagi, peneroka mempunyai beberapa pilihan sama ada membuatnya secara individu, koperasi, atau kerjasama dengan syarikat swasta.