Prestasi KDNK suku ketiga negara terbaik di rantau ini

  • 2 tahun lalu
Prestasi ekonomi negara yang menguncup lebih kecil pada 2.7 peratus bagi suku ketiga adalah prestasi terbaik di rantau ini.
Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia berbanding penguncupan 17.1 peratus yang direkodkan pada suku kedua selepas Malaysia dikejutkan dengan penularan COVID-19.
Tambahnya pembukaan semula aktiviti ekonomi berjaya menolak naik prestasi ekonomi negara dan usaha pemulihan akan diteruskan memasuki suku ke empat dan 2021.

Disyorkan