AWANI Ringkas: Rasuah: Profesor direman enam hari bantu siasatan | MAIWP peruntukkan RM 9.5 juta untuk zakat kecemasan

  • 2 tahun lalu
Seorang Profesor direman enam hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM100 ribu membabitkan pembelian tanah.
Bekas pengurus besar institut badan pengkaji itu berusia 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 6 petang jumaat selepas hadir memberikan keterangan.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM9.5 juta bagi bantuan zakat kecemasan.
Mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 yang akan disalurkan sebelum 31 Disember dan permohonan dibuka secara dalam talian bermula 16 November sehingga 27 November 2020.
Ikuti AWANI 745 dan astroawani.com untuk laporan penuh.

Disyorkan