Pemulihan bekalan air di tahap 76 peratus

  • 2 tahun lalu
Status pemulihan bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas akibat henti tugas empat loji rawatan air (LRA) kini berada pada tahap 76 peratus.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan menerusi laman Facebooknya, sehingga jam 9.00 pagi tadi, sejumlah 977 atau 76 peratus kawasan sudah menerima bekalan air sepenuhnya, daripada 1,279 kawasan yang terjejas.