Aksi suku akhir Piala Malaysia ditangguh kerana COVID-19

  • 2 tahun lalu
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini memaksa aksi suku akhir Piala Malaysia, ditangguhkan.
Ia sepatutnya berlangsung minggu ini di Kelantan dan Pahang.
Perlawanan terpaksa ditangguhkan berikutan keputusan Majlis Keselamatan Negara, MKN menolak permohonan Kementerian Belia dan Sukan, bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia dan MFL untuk aksi suku akhir Piala Malaysia.