Penutupan sekolah: Ada pelajar mula bekerja separuh masa bantu ibu bapa

  • 2 tahun lalu
Susulan penutupan semula sekolah di negara ini sehingga hujung tahun.
Ada guru menerima laporan bahawa terdapat segelintir pelajar bekerja separuh masa atas pelbagai sebab termasuk mahu membantu ibu bapa yang terjejas pendapatan kerana COVID-19.
Menurut Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah, Norhailmi Abd Mutalib, Perkara ini dibimbangi akan meningkatkan lagi peratusan keciciran pelajar di era pandemik COVID-19.