Para pemimpin dunia ucap tahniah atas kemenangan Joe Biden

  • 2 tahun lalu
Para pemimpin dari serata dunia memberi ucapan tahniah kepada Joe Biden susulan kemenangannya menguasai Rumah Putih, dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (As) yang penuh dramatik.

Antara pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepada Joe Biden dan Kamala Harris atas kemenangan menguasai Rumah Putih, ialah Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga.