Realiti Rakyat | Pemulihan: Menukar cabaran jadi peluang dalam bidang fotografi semasa pandemik COVID-19

  • 2 tahun lalu
Hujung tahun kebiasaannya berlangsung istiadat konvokesyen di hampir semua universti awam di negara ini.

Namun apabila, pandemik COVID-19 melanda sejak Mac lepas yang membataskan perhimpunan dan perjumpaan, pentadbiran universiti memutuskan untuk tidak menganjurkan istiadat, satu acara tahunan dianggap pesta itu.

Justeru itu, ia sudah pasti memberi kesan ekonomi bukan kecil kepada kumpulan jurugambar atau jurufoto yang bertanggungjawab merakamkan detik bersejarah graduan-graduan menerusi lensa mereka.