Belanjawan 2021: Pertimbang guna baucar untuk bantu peniaga kecil

  • 2 tahun lalu
Kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan pemberian baucar kepada peniaga kecil untuk membeli bahan mentah atau peralatan bagi mengembangkan perniagaan mereka sempena Belanjawan 2021.

Pemberian baucar itu bukan saja dilihat mampu meringankan beban peniaga kecil untuk membeli bahan mentah malah, pada masa sama membantu meningkatkan pendapatan peniaga.