AWANI Pagi: Memperingati Hari Anestesia Sedunia ketika perang lawan COVID-19
  • 2 tahun lalu
Hari ini menandakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau pkpb dikuatkuasakan di Lembah Klang, Selangor dan Putrajaya.
Ini susulan peningkatan kes COVID-19, sehingga mencatatkan rekod baharu semalam dengan 660 kes.
Dan sempena Hari Anestesia Sedunia pada 16 Oktober, kita ingin mengupas tentang aspek rawatan, khususnya membabitkan penggunaan Anestesia yang menjadi lebih penting dalam usaha barisan hadapan merawat pesakit COVID-19.
Banyak juga mitos yang dipercayai orang ramai berhubung Anestesia, yang menyebabkan kekeliruan dan ada juga yang khuatir berhubung penggunaan Anestesia.
Untuk menjelaskan mitos dan apa kepentingan Anestesia, bersama kami menerusi Skype, Prof Dr Marzida Mansor, Presiden Persatuan Pakar Anestesiologi Malaysia dan Perunding Kanan Anaestisiologi PPUM.
Kita juga bersama Datuk Dr Jahizah Hassan, Presiden Kolej Pakar Anestesiologi Akademi Perubatan Malaysia.