PKPB: Perkhidmatan kerajaan terus beroperasi adaptasi sistem penggiliran

  • 2 tahun lalu
Semua perkhidmatan kerajaan akan terus beroperasi dengan mengadaptasi sistem penggiliran dan bekerja dari rumah susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata setiap ketua jabatan dikehendaki mematuhi surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan bertarikh 2 Mei lalu.