Belanjawan 2021: Cabaran PKPDB, kadar pengangguran antara kerisauan utama warga Sabah

  • 2 tahun lalu
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (PKPDB) memberi pelbagai kesan berantai kepada ekonomi dan kebajikan rakyat.

Di Lahad Datu yang kini melalui PKPDB, penduduknya berharap kerajaan dapat memberikan tumpuan kepada pemulihan beberapa sektor penting dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentang kurang sebulan lagi.