MaGIC terima 1,200 permohonan inisiatif NTIS
  • 2 tahun lalu
Sebanyak 1,200 syarikat mendaftar bagi inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) setakat Isnin.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi Dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Dzuleira Abu Bakar, daripada jumlah itu sebanyak 200 permohonan melepasi kriteria ditetapkan dan kini dalam peringkat penilaian.