APEC 2020: Proses Menteri-Menteri Kewangan platform sokongan tangani COVID-19

  • 2 tahun lalu
Proses Menteri-Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) merupakan landasan terbaik bagi berbincang dan bertukar pandangan mengenai pembangunan ekonomi dan kewangan Asia-Pasifik serta isu sosio-ekonomi nasional dan serantau. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam pandemik COVID-19 mengancam sistem kesihatan dan ekonomi dunia, anggota APEC telah bertindak balas dengan mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi impak pandemik tersebut.