Kita Prihatin: Program Subsidi Upah 2.0 dengan peruntukan RM2.4 bil

  • 2 tahun lalu
Kerajaan memperkenalkan pakej kerangka inisiatif tambahan PRIHATIN, atau Kita Prihatin.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas berkata, keputusan itu diambil selepas mendapati ia diperlukan oleh rakyat ketika zaman serba mencabar.
Pakej itu memberi tumpuan kepada empat golongan - B40 berkeluarga dan bujang, M40 berkeluarga dan bujang, golongan pekerja pelbagai bidang, dan peniaga mikro pelbagai bidang.