Mahkamah benarkan perbicaraan kes Ahmad Zahid ditangguh

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya susulan ujian saringan COVID-19 yang dijalani bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Peguam, Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya menjalani ujian saringan itu di Hospital KPJ Tawakal tengah hari tadi.