Nelayan dilaporkan hilang ditemui lemas

  • 2 tahun lalu
Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama abangnya dirempuh sebuah bot di muara sungai berdekatan Jeti Pengkalan Segantang Garam, Merbok, Kedah, ditemui lemas pagi tadi.
Mayat Zulkifli Mohamad, 52 tahun ditemui sebuah bot nelayan tempatan yang turut melakukan pencarian pada jam 8.10 pagi kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

Disyorkan