Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah dakwaan lupus tanah
  • 2 tahun lalu
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan baru berkaitan penyalahgunaan harta iaitu melupuskan tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang di Mahkamah Sesyen Butterworth.
Guan Eng membuat pengakuan itu selepas kedua dua pertuduhan dibacakan dibawah Seksyen 403 kanun keseksaan (Akta 574) di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid pagi tadi.