COVID-19: Ketabahan rakyat Malaysia sewaktu PKP digambarkan dalam dokumentari

  • 2 tahun lalu
Bagi majoriti rakyat Malaysia, keadaan yang amat terbatas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP, seakan-akan darurat di zaman perang.
Apa tidaknya, keputusan kerajaan menutup sebahagian besar sektor ekonomi negara ini, mengakibatkan mereka tidak boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa, sama ada mahu keluar bekerja, membeli barangan keperluan harian, apatah lagi bersosial bersama keluarga dan rakan-rakan.
Setidak-tidaknya, itu yang ingin disampaikan oleh penerbit filem dan drama terkenal tanah air, Lina Tan yang juga merupakan Pengasas Red Communications, melalui dokumentari - Malaysia Versus COVID-19.

Disyorkan