Lim Guan Eng berdepan 2 tuduhan baharu rasuah Jumaat ini

  • 2 tahun lalu
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bakal berdepan dua lagi pertuduhan berkaitan tanah di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, Jumaat ini.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin, ketika sebutan kes rasuah Guan Eng di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung DAP itu sebelum ini didakwa meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang.