Bekas Pengarah Kemas didakwa palsukan kertas kerja
  • 2 tahun lalu
Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan meluluskan borang permohonan kertas kerja palsu berjumlah RM15,450 tahun lalu.
Tertuduh, Anuar Mat Zin, 46 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.