Gangguan air sekitar Lembah Klang masih belum pulih - Air Selangor
  • 2 tahun lalu
Gangguan bekalan air tidak berjadual yang bermula jam 10 pagi tadi semalam susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor melibatkan tujuh wilayah sekitar Lembah Klang masih belum pulih.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi sehingga jam 9.30 malam tadi kerana pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji dan berada pada tahap dua (2) ton.