"Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas" - Tun M

  • 2 tahun lalu
Permintaan mengeluarkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari senarai pengganas bukan bermakna tanda sokongan kepada pergerakan kumpulan itu, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sememangnya tidak menyokong gerakan LTTE.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, LTTE tidak sewajarnya diambil tindakan seperti menggelarkan mereka pengganas hanya kerana isu yang berlaku di Sri Lanka.