Kanak-kanak minum susu pekat manis, pinjam Ah Long bunga ikut kadar jam
  • 2 tahun lalu
Ada kumpulan B40 di bandar yang begitu terdesak dan terpaksa meminjam Ah Long bagi menampung keperluan seharian mereka, kerana kehilangan pekerjaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ingin mencari kelegaan perbelanjaan buat seketika, tetapi akhirnya terjerumus ke perangkap Ah Long, kerana ada mangsa yang dikenakan kadar faedah mengikut kadar jam.
Itu antara realiti menyedihkan, yang didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Arba Foundation, Azlan Shah Nabees Khan sewaktu melakukan kerja kebajikan di perumahan, yang rata-rata didiami B40.
Disyorkan