[INFOGRAFIK] COVID-19: 10 kes baharu dilaporkan

  • 2 tahun lalu
Sehingga jam 12 tengah hari, hari ini, 10 kes baharu yang dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 9,306 kes.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 151 kes.
Sementara itu, sebanyak 36 kes telah pulih COVID-19 dicatatkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,030 kes.
Sehingga kini, terdapat 8 kes positif COVID-19 sedang dirawat di icu di mana 6 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian dilaporkan. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 kekal 125 kes.

Disyorkan