MOF dedah 101 projek, MOT dahului senarai pemberi tender
  • 2 tahun lalu
Kerajaan pada Rabu mendedahkan 101 projek yang dikatakan diberi secara rundingan terus sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan memberitahu, Kementerian Pengangkutan mendahului senarai sebagai pemberi tender paling besar, dengan nilai sebanyak RM4.47 bilion untuk empat projek.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia pula mendahului senarai sebagai pemberi projek paling banyak, iaitu 12 projek, dengan jumlah keseluruhan RM380.1 juta.
Disyorkan