Realiti Rakyat: Kanak-kanak masih dibelenggu isu malnutrisi

  • 2 tahun lalu
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 21.8% kanak-kanak bawah umur 5 tahun terbantut. Ini menunjukkan peningkatan berbanding 2011 dengan 16.6 peratus dan 2015, 17.7 peratus.

Kajian sebelum ini juga menunjukkan masalah kanak-kanak terbantut bukan sahaja dikesan dalam kalangan keluarga miskin, malah juga dalam kalangan keluarga berpendapatan tinggi.