Biskut dan kek corak Jalur Gemilang beri rezeki kepada suri rumah

  • 2 tahun lalu
Sambutan Hari Kebangsaan memberi rezeki berganda buat suri rumah di Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan.

Marlia Ismail, bersengkang mata menyiapkan tempahan biskut dan kek bercorak Jalur Gemilang.

Wanita ini mempelajari teknik hiasan kek dan biskut menerusi pelbagai cara termasuk media sosial seperti Facebook dan YouTube bagi menghasilkan corak Jalur Gemilang khusus untuk pelanggan yang menempahnya.