Bekas Pengerusi ANGKASA Perlis didakwa tuntutan palsu
  • 2 tahun lalu
Bekas Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini, atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM90,000 pada 2018.

Ismail Hashim, 69 tahun, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Ainul Shahrin Mohamad.