Kita sepatutnya gembira dengan apa yang kita ada sekarang! - PB Fuzayme | #KitaJagaMalaysia

  • 2 tahun lalu
PB Fuzayme Nordin berasal dari Perak telah berkhidmat sebagai Anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Balai Bomba Pantai selama 15 tahun.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, bapa kepada tiga cahaya mata ini bertanggungjawab membantu Kementerian Kesihatan menguruskan individu yang berpontensi dijangkiti COVID-19.

Video ini merupakan inisiatif kerjasama antara AWANI Rangers bersama Institut Onn Jaafar dan Jabatan Pengajian Media & Komunikasi, Universiti Malaya

AWANI Rangers merupakan inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan anak muda Malaysia meneroka era kewartawanan moden.