Aplikasi penghantaran makanan patuh syariah, perkasa PKS di Langkawi

  • 2 tahun lalu
Langkawi menjadi lokasi pertama di malaysia, menerima perkhidmatan aplikasi penghantaran makanan patuh syariah dan memperkasakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).
Perkhidmatan yang ditawarkan syarikat tempatan, fastrexs itu bukan sahaja mensasarkan restoran makanan halal, malah ia turut membuka peluang perniagaan kepada suri rumah di sekitar Langkawi untuk memasarkan produk makanan mereka melalui ‘home kitchen’.