Tokoh pendidikan Arshad Ayub dianugerah Tun

  • 2 tahun lalu
Tun Dr Arshad Ayub, nama yang cukup dikenali dalam sistem pendidikan dan ekonomi negara terutama kepada graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau yang kini berusia 92 tahun hari ini dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun' sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.