Sabah Memilih: Logo, calon anak muda hangat diperkatakan

  • 2 tahun lalu
Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu mendapat perkenan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sabah, Pilihan Raya Negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikah pembubaran DUN.

Situasi itu menyaksikan parti politik mula mengatur langkah dengan pelbagai perkara mula dibincangkan termasuk isu logo dan kesediaan mempertaruhkan calon muda.