Pemuda UMNO ajak Bersatu dan PAS guna logo BN hadapi PRU

  • 2 tahun lalu
Sayap Pergerakan Pemuda UMNO hari mencadangkan agar logo Barisan Nasional digunakan sebagai lambang rasmi sewaktu pilihan raya umum akan datang. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu turut dipanjangkan kepada parti yang bukan komponen BN secara rasmi, iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).