Tiada jaminan lahir kerajaan lebih kukuh menerusi PRN di Sabah

  • 2 tahun lalu
Tiada kepastian bahawa Pilihanraya Negeri Sabah bakal menjanjikan sebuah kerajaan yang lebih kukuh atau mempunyai kestabilan majoriti yang lebih baik dari sebelum ini.
Menurut Pensyarah Ilmu Politik dan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah Dr Zaini Othman berkata ia berikutan kontroversi yang sentiasa dicetuskan oleh ahli politik dan tercetusnya isu lompat parti yang semakin parah.