Nabi Muhammad bukan melarikan diri - Dr Zulkifli

  • 2 tahun lalu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan Nabi Muhammad SAW meninggalkan Makkah atas perintah dan tuntutan Allah SWT, dan bukannya melarikan diri ke Madinah.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu Sabak Bernam) sama ada kenyataan Mohamad Sabu (PH Kota Raja) yang dilapor menyebut Nabi Muhammad SAW pernah menjadi 'pelarian' semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam, boleh diklasifikasi sebagai menghina Rasulullah SAW.