Hampir 100 premis makanan diarah tutup di Terengganu

  • 2 tahun lalu
Hampir 100 premis makanan di Terengganu diarah tutup kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan beroperasi dalam keadaan kotor.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata kesemua kesalahan itu dikesan bermula Jun lalu selepas PKPP dikuatkuasakan.