Syarikat perniagaan, pelaburan saham perlu adaptasi sistem maya

  • 2 tahun lalu
Syarikat perniagaan dan pelaburan saham di negara ini disaran mengadaptasi penggunaan sistem maya dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi, selain menyesuaikan dengan amalan kelaziman baharu.

Pengasas bersama Crigen Resources Berhad, Chris Daniel Wong berkata, ia penting bagi meningkatkan kebolehcapaian sesebuah perniagaan dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan termasuk di pasaran antarabangsa.