APEC diseru pupuk integrasi serantau yang lebih mendalam
  • 2 tahun lalu
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) diseru mengadakan integrasi ekonomi serantau yang lebih mendalam bagi meneroka peluang perdagangan susulan pertikaian antara Amerika Syarikat dan China.
Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata peranan APEC sebagai pencetus idea baharu dan platform yang cekap untuk program pembinaan kapasiti harus digunakan untuk merapatkan perbezaan.