Penganjuran Tahun Melawat Kenyir dipercepat ke tahun depan

  • 2 tahun lalu
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mempercepatkan penganjuran Tahun Melawat Kenyir dalam usaha membantu memulihkan ekonomi pengusaha yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, jadual asal penganjuran penganjuran program itu pada tahun 2022 tetapi ia diawalkan ke tahun depan selepas sektor pelancongan di tasik itu terjejas teruk sejak pelaksanaan PKP.