Tragedi memancing, seorang pemuda lemas, abang dan adik selamat
  • 2 tahun lalu
Hasrat tiga beradik memancing bersama bagi meraikan hari cuti berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.
Dalam kejadian di Pantai Dandulit, Sandakan, pada Jumaat. Mangsa, Fadlizan Idris, 20 tahun, dilaporkan keluar memancing bersama abang dan adiknya di pantai berkenaan kira-kira jam 9 pagi.