Pembunuh kucing di dobi Kepong direman empat hari

  • 2 tahun lalu
Seorang individu yang dirakam memasukkan tiga ekor kucing ke dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi di Kepong pada 12 Julai lepas, telah ditahan pada hari yang sama.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki itu telah ditahan pada jam 12.15 malam, dan perintah reman keatasnya diperolehi dari Mahkamah Selayang, Selangor selama 4 hari, mulai 13 Julai hingga 16 Julai 2020.

Disyorkan