Sempadan Malaysia-Singapura: Rakyat jangan alpa!

  • 2 tahun lalu
Setiap rakyat Malaysia dan Singapura perlu terus mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 bagi mengelak sebarang penularan COVID-19 susulan cadangan pembukaan sempadan kedua-dua negara itu secara bersyarat pada 10 Ogos depan. Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata situasi semasa penularan COVID-19 yang semakin baik bagi kedua-dua negara bukanlah sebab untuk rakyatnya terus alpa dengan langkah pencegahan yang sewajarnya.

Disyorkan