8 motosikal musnah dalam kebakaran bengkel

  • 2 tahun lalu
Lapan motosikal musnah terbakar, manakala dua rosak selepas sebuah bengkel motosikal di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah, tengah malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah malam.