Aktiviti penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin tumpas

  • 2 tahun lalu
Taktik 13 warga Indonesia yang menjadikan lokasi Ladang Brunai, Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor sebagai laluan masuk ke Malaysia gagal selepas pihak berkuasa Rejimen ke 61, Artileri Diraja, Tentera Darat Malaysia, berjaya menghidu aktiviti itu kira-kira pukul 2 pagi tadi.
Tangkapan melibatkan enam lelaki dan tujuh wanita itu dikatakan baru sahaja tiba dari Indonesia.