19,111 PATI sudah dihantar pulang setakat 7 Julai

  • 2 tahun lalu
Seramai 19,111 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang disahkan negatif COVID-19 sudah dihantar pulang ke negara masing-masing setakat 7 Julai lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, Indonesia antara tiga negara tertinggi bilangan pati yang dihantar pulang iaitu seramai 8,575 orang.