Pusat hiburan keluarga dibenarkan beroperasi

  • 2 tahun lalu
Pusat hiburan keluarga di negara ini dibenarkan beroperasi semula selepas kerajaan meneliti pembentangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keluhan orang ramai, selain lebih tiga ribu tenaga kerja terlibat.
Sektor tersebut, katanya, telah memberi sumbangan lima ratus juta ringgit kepada pendapatan negara.
Bagaimanapun, operasi pub dan disko masih belum dibenarkan setakat ini.