Bomba selamat kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta

  • 2 tahun lalu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terperangkap di dalam kereta yang enjinnya dimatikan hampir 20 minit sebelum diselamatkan bomba, pada Sabtu.
Terdahulu, dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lumut, jam 6.52 petang, bapa kanak-kanak itu mengisi petrol manakala ibunya keluar untuk membeli barang di kedai serbaneka di stesen berkenaan.