Saringan suhu badan hanya di pintu masuk kompleks beli-belah & hotel

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, saringan suhu badan hanya perlu dilakukan di pintu masuk kompleks membeli-belah dan hotel sahaja, tidak perlu dilakukan berkali-kali di setiap kedai dalam premis tersebut.

Bagaimanapun rekod peribadi seperti nombor telefon dan nama perlu diberikan di setiap kedai yang dimasuki, sama ada secara manual atau mengisi maklumat tersebut dalam MySejahtera.